April 29, 2013

Trip ke Jakarta, Indonesia

Sambungan dari  'Trip ke Medan'...

Dari Medan kami ke Jakarta. Kami terbang dengan Lion Air. Mak ooi! Lion Air ni rasa  macam naik bas jek... ramai la pulak passenger...


Sampai di Jakarta airport dah lewat coz flight delayed. From airport to hotel pun jauh...Terus checked in kat Park Lane Hotel. Dah tak larat nak keluar dinner. Order room service je..


Dah malam-malam ni, tak da selera la pulak nak makan. Cuma order mushroom soup, cappuccino, breads and cheese cake.

 Cheese cake kat Park Lane hotel ni memang terbaik..

Room amaneties

 Kat hotel sebelum pergi massage kat Ambassador

 Lifa, my friend from Jakarta datang melawat aku di hotel.

 Oleh kerana aku dah breakfast kat Coffee House, order room service untuk Lifa. Dia nak try cheese cake yang aku recommend kat dia.. For muslim ppl, please be careful when you have your meals at their Coffee House there coz they serve pork bacon and few non halal food...

Park Lane Hotel lobby

Tengah tunggu bluebird taxi nak gi shopping kat Mangga Dua & Ambassador. Lifa & Maria teman kan aku.. Masa shopping Si Lifa yang jaga purse aku, coz apa2 yang aku beli dia yang tolong ambikkan duit.. Aku malas nak kira duit. Rupiah ni banyak sangat 000 kat belakang. Kalau di Indonesia, 4 or 5 star hotel mesti ada ada security checks kat lobby entrance, takut takut ada guest yang bawak barang terlarang like bomb. Tapi, macam mana pun ada jugak yang terlepas, kalau tidak tak kan lah ada pengeboman kat few hotels kat sana... ye dak

Lepas shopping pekena es cendul lak... 

 dan Mee Ayam with bakso


Actually banyak lagi moments yang aku tak ambik gambar.. rasa rugi la pulak..


April 28, 2013

Trip ke Medan, Indonesia

Trip singkat kali ni ke Medan atas urusan kerja. Aku pergi ke sini dengan Boss aku, Wouter. Kami terbang dengan Fireflyz. Kesian tengok Boss aku yang tinggi dan besar tu terpaksa bersempit2 coz tempat duduk nya tak sesuai untuk Mat Salleh mcm dia. Sebelum berlepas dia nak pindah ke seat  kosong yang lebih comfortable tapi borak punya borak, sekejap je dah nak landing kat Polonia airport, Medan.
Sampai saja di Medan Airport, my colleaque, Ina dah siap menunggu dengan our driver. Terus ke hotel checked In di Swiss Bel Hotel.

Nampak je katil ni terus rasa nak tidur....Tapi, kalau outstation dengan my Boss, memang tak berpeluang lah nak lepak melepak di bilik. Dia ni lebih suka pergi dengar live band, karaoke or lepak2 dekat lounge... what to do..


Swiss Bel's bathroom amaneties

 Swiss Bel's Bar 

 Di lounge ini lah kami lepak-lepak dengan Herman ( Mat Salleh yang fasih bangat berbahasa Indonesia ). Kalau Malaysia kita panggil Mat Salleh tapi di Indonesia dia orang panggil Bule. Suka sangat dengar dia berbicara dalam bahasa Indonesia...

 Swiss Bel Coffee House

Dinner & breakfast with Ina and Wouter here

Di sini la tempat tujuan sebenar nya ke Medan ni.. Grand Aston Hotel. Ada discussion dengan Head of departments on system implementation. Day time aku berulang alik dari Swiss Bel ke Grand Aston. Malam time terpaksa layan Boss karaoke.. Nasib baik kat sini kami cuma tinggal 3 hari.. Next destination is Jakarta..



April 12, 2013

Percutian ke Pulau Perhentian



Percutian ke Pulau Perhentian few years back memang best. Muka sorang-sorang pun macam udang kena bakar. Esspecially my kids. Dia orang ni macam rusa masuk kampung. Aku memang kurang dedah kan dia orang dengan mandi di pantai. Aku tak berani, if anything happen aku tak pandai berenang. So jadi la dia orang TAIKO swimming pool je.. Siapa tak kenal dia orang kat Eden Fairway Condominium, Batu Ferringhi...Opps! sekarang bukan cerita pasal dia orang, tapi pasal percutian kami ke Pulau Perhentian...

Percutian selama 4 hari 3 malam ni bermula seawal 6.30 pagi lagi kita orang dah bertolak dari Penang. Tempat penginapan kami ialah di Bubu Long Beach Resort. lebih senang kalau ambik fullboard package di sini coz makanan dekat sini mahal...Kalau fullboard dah tak payah nak fikir cari makanan... Kalau nak beli makanan ringan pun better beli siap siap kat tanah besar..


 Singgah kat Pulau Banding untuk breakfast


 Naik bot from Merang Jetty to Pulau Perhentian

 

 Sampai je, budak 2 orang tu terus terjun laut... hmmm. Ni tengah kelaparan...

BBQ time... besar besar lokan dia... best


Bersiap sedia untuk pergi snorkeling ( first day )

Test snorkel ok ke tak..

Kami di bawa ke pulau - pulau sekitar untuk snorkeling... seronoknya.. jangan lupa bawak roti.. mesti ikan banyak datang kat kita..

Permandangan from Tiki Bar. Mat & Minah salleh sedang berjemur...









Budak2 nakal yang tak kenal erti panas..

My lunch..

Jet ski persendirian... not for rent ya...



Snorkeling again on second day..

Makan - makan di Sushi King

Dah lama nak gi makan kat Sushi King tapi tak berkesempatan... Peluang yang ada kali ni aku guna kan sebaik mungkin.. walaupun terpaksa beratur nak dapat kan seat, takpa la, tunggu jugak la.. kalau tidak, bila lagi.. Sushi King ni terletak kat East Coast Mall, Kuantan

Grilled salmon... yummy









Raw salmon..nyum nyum nyum

















       Sushi with cheese... superb
Lupa dah apa nama nya...Is not nasi goreng pattaya yek.. No No No!









Sushi with caviar... best nyer

















      ??? tak berapa nak ingat..
Mint ice cream




















After dinner kat Sushi King, singgah pulak kat Old Town White Coffee for dessert and coffee...Aku makan ice cream and as usual, white coffee (my favourite drink)


Ice cream with blueberry sauce


April 07, 2013

Trip ke Kuantan

Trip aku ke Kuantan kali ni memakan masa hampir sebulan... Rindu nya kat rumah ku...kala ni makan nasi dengan telur pun rasa sedap. Tapi nasib baik aku di temani oleh kawan2 yang sentiasa bersama.. Aku juga terpaksa jadi translator kalau pergi makan kat kedai-kedai  kat sini coz 2 orang kawan ku tu dari Holland dan sorang dari Sri Lanka... Rindu saat kita bersama..

 Waktu cuti sempat jugak kita orang pergi jalan-jalan ke Air Terjun Sg Pandan... Ini la dia...


Time ni ramai  jugak orang datang picnic kat sini...

Ini Coco Beach, Bukit Gambang Water Park yang masih dalam pembinaan ( time ni la ) sekarang dah cantik..

Carribean Bay Resort.. yang penuh dengan debu time ni..

 Sempat jalan-jalan kat Telok Chempedak..


 Taras.. sempat mandi-manda kat sini.. layan je la dia..

 Taras and Kenneth di Telok Chempedak


Makan-makan di Tanjung Lumpur, Kuantan. Sejak pandai makan tom yam, Taras hari-hari nak pekena tom yam...Masa datang Malaysia ni la dia baru kenal tom yam.. Sotong goreng tepung pun sedap... 

 

Lepas kerja sempat jugak gi jalan2 tengok apa yang berkenan..Nasib baik dia orang sediakan kereta untuk kita orang. Kalau tidak patah kaki jugak..

Kat Airport, Kuantan. Time ni dah nak balik KL. Dia orang terus ke Penang

Fireflyz menjadi pilihan...