May 04, 2016

Percutian ke Bali, March 2016

Hi all...

Dah bersawang blog ni rupa nya....

Family holiday kami kali ni ke Bali, Indonesia pada tanggal 28 Mar 2016. Kali ni ada additional member, my sweet little boy, Arjuna and my handsome nephew, Boboy.

1st day  (28/3/2016)

10.00am
Buka je Tesco Klang, terus pergi ke money changer.. terpaksa tunggu about half our untuk duit sampai.. Duit tak cukup la pulak, dah lah tu ada note rp50 ribu je..penuh pulak beg ni...

12.00pm
Bersiap sedia menunggu van yang akan menghantar kami ke KLIA2. Charges untuk van yang boleh memuatkan kami seramai 11 orang + luggages dari Klang ke KLIA2 ialah RM270 per way. Tapi kalau overnight harga lain pulak..

Ini luggages kami.... 



Sampai di KLIA2 dalam pukul 1.00pm. Terus checked in luggages, biasa la beratur pun dah ambik masa... kena pulak big family macam kita orang yang ada budak kecik and orang tua ni..
Lepas tu terus masuk ke departure hall. Nak sampai ke Gate kami pun dah lenguh kaki...Nak makan rasa tak sempat dah.. makan kat dalam flight je la..

Bila nak sampai ni Mama ? Kereta Arjuna ni dah tak da minyak.. kita ni nak gi Bali naik flight ke jalan kaki je? ... jauh dah rasa nya perjalanan ni.. huhu
Berenti isi minyak jap....

Tengah lepak2 menunggu kat waiting area, tiba2 announcement bagi tau our flight tukar gate la pulak... Bergegas la pulak ke gate lain... jauh pulak tu... nasib baik kereta anak mama dah isi minyak...Departed at 3.30pm

Akhir nya kami dah kat dalam flight... waiting for the child seat belt untuk Arjuna...


Belum takeoff  lagi Arjuna dah lelap... lega Mama boleh berehat sikit..kapas mana kapas? nak sumbat kat telinga Arjuna..takut kena earache nanti menjerit dia pulak


Abg AA menjamu selera...


Half way penerbangan.. bangun la pulak Si kecik ni..

Traffic sibuk.. terpaksa berlegar legar kat atas sementara menunggu our turn..
Welcome to Nugurah Rai Airport Denpasar, Bali..... touch down lebih kurang pukul 7pm.

Baggages claim...@ Ngurah Rai Airport
Keluar je dari arrival hall, dah penuh dah signages dari mcm2 travel agent / hotel2 dan transfer agent yang sedang menunggu... 2 - 3 kali cat walk kat depan dia orang mencari nama aku tak nampak nampak.... aikkkk. Call tour guide kita rupa2 nya dia kat bahagian luar 1 lagi.. katanya kalau ikut kan kat situ tak bisa menunggu..
Kami menyewa van bersama driver dengan Bali Muslim Tour Guide. Aku menempah secara whatapps sahaja. Kebanyakan agent lain akan meminta deposit dulu tapi dengan agent ni kami hanya membayar sewaktu hari terakhir kami di sini. Tetapi sebelum itu, mereka akan meminta nama hotel tempat penginapan kami dan mereka akan call hotel tersebut untuk verify yang kita benar2 menginap di situ.
Aku memilih agent ini kerana senang semua  pekerja nya muslim, mereka tau di mana restoran2 yang halal.
Driver kami namanya Ahmadi, dari Jawa. Peramah orang nya...Tak berenti2 cerita pasal sejarah Bali..

Dari airport, driver kami bawa kami untuk dinner di restoran Malioboro, restoran ayam tulang lunak.

Ini restaurant nya...

Ayam ni di bakar sampai ke tulang... tulang nya lembut.. boleh di makan.. tapi tak da la kita org nak makan...




Sup ikan


Kami yang kekenyangan dan keletihan...

Ini dia bill nya...Rp1,615,750 lebih kurang  RM486 duit Malaysia . boleh tahan  mahal nya...

Seterusnya kami di hantar ke hotel, Champlung Mas. Aku booking melalui booking.com. Kami booked 5 rooms semua nya..walaupun masa booking ada request room near to each other and near lift coz we have older people, tapi kami masih dapat bilik yang berselerak. Malas nak complain kerana dah keletihan aku terima je la.. Bagi bilik yang paling dekat kat Nenek dan Baby. Bilik2 kami no 304, 308, 318, 320, 328. Lagi pun anak2 bujang kami semua nya dah besar panjang.. so, tak kisah sangat la, coz dia orang  dah pandai jaga diri...

Room yang agak luas dan selesa.. tapi a bit old..

with balcony and facing swimming pool. I like the mirror... besar.. At night jangan buka pintu ke balcony.. coz banyak nyamuk.. Bathroom floor slippery dan air bertakung... ingat kan my room aje yg mcm ni, rupa2 nya other rooms pun sama...

Rehat malam ni.... esok nak bangun pagi...Driver akan datang pick up at 9.30am....

Good night all... good night Malaysia... good night Bali...

Nanti kita sambung lagi..( to be continued )