Macam biasa cuma 4Days 3Night... sarat dgn activity.. kadang2 rasa 3 nights tak cukup... see how, next time kalau cukup budget kita cuti lebih lama....
Day 1
Dari Klang van pick up at 4.30pm. Arrived KLIA2 around 5.20pm.. Van agak sempit walau pun dah bagi tau berapa org kita ada + luggages and wheel chair. Lepak kat Marrybrown. Time baggage check in memang as usual kelam kabut sikit.. coz ada je yang merayap ntah kemana... time tu la nak gi toilet.. nak beli air...Bila ticketing staff tu panggil nama mula la ada yang tak ada... kan ada yang jadi 'home alone' versi malaysia...
Total cost untuk KLIA transfer @RM200 per way . RM400 di bank in sebelum pick up.
Flight kami malam @ 8.15pm. Delay cuma 5minutes. Kita org booked tickets with meals, senang nanti takut lapar... tapi kena makan cepat2 coz nanti nak fill up travel card pulak... penerbangan sekejap je... Cuaca tak bagus. Hujan... Arjuna pada awal nya sebelum take off happy n excited je... tapi bila dah kat atas dengan plane yang tak berapa stable coz hujan... mula lah macam ayam berak kapur...Cuma mood dia ok sikit bila time makan...Touch down di Phuket International Airport at 9.40pm ( waktu Thailand )... selepas pick up luggages, terus gi beli traveller sim card. Kami beli yang 3hari @B150 per sim card ( lebih kurang RM19 ). Actual price is B199 ( RM25 ) tapi dapat discount coz beli banyak. Keluar je gate 3 staffs dari Vecayphuket travel dah tegur. Tak nampak pun signage nama akak.. mesti dia tau ini mesti kita orang coz of total pax yang kami ada dan org yg paling last sekali keluar untuk penerbangan kami... (travel ramai2 memang macam ni...)
![]() |
Time ni masih boleh senyum... |
![]() |
Welcome to Phuket... sibuk nak pegang passport sendiri.. |
Total cost untuk Phuket airport transfer ke BangTao untuk 2 van ialah 1,110THB per way. 2 ways = 2,220THB ( lebih kurang RM279 ) - So far yang aku google ini yang paling murah
Kami terpaksa ambil 2 van coz kami ada 12 orang with luggages. Van selesa.. dun worry.
Perjalanan dari Phuket Airport ke tempat penginapan kami ialah lebih kurang 30-40 minit. Kami menginap di Hill Myna Condotel. Akak buat booking melalui booking.com dan expedia seperately. Kenapa? sebab masa akak buat booking kat booking.com, time tu bilik yg akak nak dah limited. So booked je apa yang ada dulu then coz kat expedia nampak masih ada lagi... so akak tambah la lagi kat expedia. Kat expedia terus charge credit card. Tapi booking.com pay at counter. Akak nasihatkan better jangan ambik yang pay at counter kalau nak pakai credit card coz kalau dekat counter nanti kena charge 3% interest.
Bilik kat sini memang puas hati.. Besar dah selesa. Lengkap dengan wifi di setiap bilik, hair dryer, fridge, microvawe oven, stove , pinggan mangkuk and all the cutleries...cuma nak dapat ion and ion board je yang lambat sikit....Owner kat sini rupa2 nya muslim. So, untuk muslim tak perlu risau untuk makan di restoran nya..Kita jugak akan dapat free drinks untuk setiap sorang.
![]() |
Room yang luas dan selesa |
Oleh kerana sampai lewat dan semua nya dah makan kat flight, so kita lepak2 kat bilik and makan ringan2 je malam ni... esok baru lah journey bermula...
![]() |
Good nite Phuket... |
Day 2
Bangun pagi...Cari transport untuk beraktiviti... Reception counter panggil kan van @
THB2800 untuk 1 Day tour.
Activity pertama kami ke Kathu. Kami memilih 3in 1 package kerana harga nya lebih murah.
Kami pilih ATV, Buggy and elephant trekking. All in 1 price @ THB2200 per person x 11 person = THB24200. Untuk Arjuna di kena kan charge THB726.
![]() |
Elephant trekking |
![]() |
Buggy time |
ATV |
Lepas ber activity driver bawak gi lunch. Lunch kat sini memang terbaik. Food superb. Halal restaurant.@ Narynn Food & Steak yang terletak di area Kathu..
![]() |
Lunch simple2 je... |
![]() |
Tom Yam kat sini memang best.. seafood pun fresh |
![]() |
Fried rice so tempting... |
![]() |
Ini lah restaurant nya... |
Kat Amphoe Kathu - Patong jalan2 dekat Mall .. barang2 kat sini ada yang lebih murah dari kat tepi2 jalan Patong city tu... aku beli sun block kat situ lebih murah dari Mart2 yg kat sana...
Walau pun boleh tawar menawar tapi still expensive... kalau nak beli souvenir yang murah.. nanti akak bagitau kat mana..
Amphoe Kathu - Patong |
Yang minat massage boleh datang sini.... |
Balik dari Patong... anak2 mandi kat swimming pool pulak... Si Arjuna pun sibuk nak mandi malam2... Dinner malam ni tapao kat Hill Myna Cafe ( halal ) je... pastu pergi beli mangga kat TESCO. Murah dan manis.....
See you in the next episode...... ( harap2 berjaya menyambungnya dengan segera..
Salam sis bila nk sambung part 2...tak sabar nak baca...saya pun teringin nak ke phuket so nak baca blog2 org2 yg dah pegi
ReplyDeleteMana part 2
ReplyDeleteSis amik package ke kathu tu kat mana yer??book pakej melalui ape?
ReplyDeletenama tempat tu Kathu. Masa kat hotel ambik half day tour, dia orang yang bawak kat sini...
DeleteSalam...airport transfer tu booking online ke? Company ape ek?
ReplyDeleteaaahh...book online dengan vecayphuket.com
DeleteLIDAH KEBAS
ReplyDeleteNarynn kitchen tempat makan tak ingat punya mahal mendapat dan tak sedap.. . Kena dekat RM300... Sapa lee punya pandai bagi cadangan dalam blog.... Lidah kebas agaknya....
Cita rasa masing2...tk yah la kata orang lidah kebas....tk bermoral langsung!
Deletetak suka la...mai terjah sis punya blog pas tu kata orang lidah kebas... dah apa masalah ko? sis punya blog, sis punya suka la..
Deleteif kita booking hotel kat booking. com direct counter...byar cash boleh kn? kena x interest
ReplyDeleteboleh. No interest kalau bayar cash
ReplyDeleteKalau sampai malam, dr airport boleh dpt minibus x?
ReplyDeleteMaaf saya tak pasti minibus service sampai pukul berapa. Coz kami dah prebooked siap2 one week sebelum sampai ke Phuket
Delete