May 10, 2018

Percutian ke Phuket Mar 2018 - Part 1

Tahun ni, family bonding ke Phuket....

Macam biasa cuma 4Days 3Night... sarat dgn activity.. kadang2 rasa 3 nights tak cukup... see how,  next time kalau cukup budget kita cuti lebih lama....

Day 1
Dari Klang van pick up at 4.30pm. Arrived KLIA2 around 5.20pm.. Van agak sempit walau pun dah bagi tau berapa org kita ada + luggages and wheel chair. Lepak kat Marrybrown. Time baggage check in memang as usual kelam kabut sikit.. coz ada je yang merayap ntah kemana... time tu la nak gi toilet.. nak beli air...Bila ticketing staff tu panggil nama mula la ada yang tak ada... kan ada yang jadi 'home alone' versi malaysia...

Total cost untuk KLIA transfer @RM200 per way .  RM400 di bank in sebelum pick up. 

Flight kami malam @ 8.15pm. Delay cuma 5minutes. Kita org booked tickets with meals, senang nanti takut lapar... tapi kena makan cepat2 coz nanti nak fill up travel card pulak... penerbangan sekejap je... Cuaca tak bagus. Hujan... Arjuna pada awal nya sebelum take off happy n excited je... tapi bila dah kat atas dengan plane yang tak berapa stable coz hujan... mula lah macam ayam berak kapur...Cuma mood dia ok sikit bila time makan...Touch down di Phuket International Airport at 9.40pm ( waktu Thailand )... selepas pick up luggages, terus gi beli traveller sim card. Kami beli yang 3hari @B150 per sim card ( lebih kurang RM19 ). Actual price is B199 ( RM25 ) tapi dapat discount coz beli banyak. Keluar je gate 3 staffs dari Vecayphuket travel dah tegur. Tak nampak pun signage nama akak.. mesti dia tau ini mesti kita orang coz of total pax yang kami ada dan org yg paling last sekali keluar untuk penerbangan kami... (travel ramai2 memang macam ni...)
Time ni masih boleh senyum...


Welcome to Phuket... sibuk nak pegang passport sendiri..


Total cost untuk Phuket airport transfer ke BangTao untuk 2 van  ialah 1,110THB per way. 2 ways = 2,220THB ( lebih kurang RM279 ) - So far yang aku google ini yang paling murah

Kami terpaksa ambil 2 van coz kami ada 12 orang with luggages. Van selesa.. dun worry.
Perjalanan dari Phuket Airport ke tempat penginapan kami ialah lebih kurang 30-40 minit. Kami menginap di Hill Myna Condotel. Akak buat booking melalui booking.com dan expedia seperately. Kenapa? sebab masa akak buat booking kat booking.com, time tu bilik yg akak nak dah limited. So booked je apa yang ada dulu then coz kat expedia nampak masih ada lagi... so akak tambah la lagi kat expedia. Kat expedia terus charge credit card. Tapi booking.com pay at counter. Akak nasihatkan better jangan ambik yang pay at counter kalau nak pakai credit card coz kalau dekat counter nanti kena charge 3% interest.

Bilik kat sini memang puas hati.. Besar dah selesa. Lengkap dengan wifi di setiap bilik, hair dryer, fridge, microvawe oven, stove , pinggan mangkuk and all the cutleries...cuma nak dapat ion and ion board je yang lambat sikit....Owner kat sini rupa2 nya muslim. So, untuk muslim tak perlu risau untuk makan di restoran nya..Kita jugak akan dapat free drinks untuk setiap sorang.

Room yang luas dan selesa

Oleh kerana sampai lewat dan semua nya dah makan kat flight, so kita lepak2 kat bilik and makan ringan2 je malam ni... esok baru lah journey bermula...

Good nite Phuket...

Day 2
Bangun pagi...Cari transport untuk beraktiviti... Reception counter panggil kan van @
THB2800 untuk 1 Day tour.


Activity pertama kami ke Kathu. Kami memilih 3in 1 package kerana harga nya lebih murah.
Kami pilih ATV, Buggy and elephant trekking. All in 1 price @ THB2200 per person x 11 person = THB24200. Untuk Arjuna di kena kan charge THB726.


Elephant trekking





Buggy time


ATV

Lepas ber activity driver bawak gi lunch. Lunch kat sini memang terbaik. Food superb. Halal restaurant.@ Narynn Food & Steak yang terletak di area Kathu..

Lunch simple2 je...



Tom Yam kat sini memang best.. seafood pun fresh


Fried rice so tempting...

Ini lah restaurant nya...
After lunch went to jalan2 at Patong City...On the way to Patong dropped by kat Tour desk area Amphoe Mueang. Booked island tour ke Phi Phi Island untuk keesokannya...

Kat Amphoe Kathu - Patong jalan2 dekat Mall .. barang2 kat sini ada yang lebih murah dari kat tepi2 jalan Patong city tu... aku beli sun block kat situ lebih murah dari Mart2 yg kat sana...
Walau pun boleh tawar menawar tapi still expensive... kalau nak beli souvenir yang murah.. nanti akak bagitau kat mana..

Amphoe Kathu - Patong

Yang minat massage boleh datang sini....

Balik dari Patong... anak2 mandi kat swimming pool pulak... Si Arjuna pun sibuk nak mandi malam2... Dinner malam ni tapao kat Hill Myna Cafe ( halal ) je... pastu pergi beli mangga kat TESCO. Murah dan manis.....

See you in the next episode...... ( harap2 berjaya menyambungnya dengan segera..

November 06, 2017

Sakit nya airbag...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Entry aku kali ni bukan nak cerita pasal travel.. cuma nak berkongsi pasal accident yg kami sekeluarga alami pada malam 26/11/2017. ( betul2 sebulan selepas Arjuna ku masuk hospital di sebab kan jangkitan kuman...dugaan Demi dugaan aku terima.. Namun aku redha...

Berbalik kepada accident... 
Biasanya seminggu sekali aku dan team akan ke HQ menaiki van company untuk meeting. Tapi kali ini oleh kerana aku ada 2 hari meeting berturut2, aku pergi dgn kereta sendiri dgn family..

Dalam 5.30pm meeting habis. Selepas check out kan family dari hotel berdekatan terus bertolak balik ke Kuantan...nak keluar dari KL time2 mcm ni biasa la.. jammed gila.. nak2 ada pulak accident kereta terbalik...

Dalam perjalanan, ketika itu hujan renyai2 di beberapa tempat...Arjuna yg pada mula nya berada di seat belakang bersama abang nya ke depan untuk duduk di atas riba aku di sebelah passenger bahagian depan..tiba2 terdetik di hati ku kalau2 berlaku apa2 pekara buruk ..lalu aku memakai seat belt sekali dgn Arjuna..dan memeluknya dengan bantal...

Ketika Arjuna dah hampir tidur / or dh tertidur masa tu...tiba2 di lencungan,  kereta yg di pandu hb aku lost control dek kerana jalan licin...lampu jalan pun memang tak da..masa menjerit nama ‘papa’ tiba2 kereta terus melanggar divider jalan dan pandangan terus gelap, sangka ku aku dah pengsan atau mati...huhu.. Segalanya berlaku dgn pantas. Setelah kereta berhenti nampak kereta berasap. Dengan segera aku menjerit suruh keluar sambil menjerit nama ‘Arjuna’. Apa yang aku takut kan ialah terjadi apa2 pada Arjuna. Baru saje keluar kereta tiba2 aku nampak cahaya torch light di sebalik divider. Dua org lelaki india memanggil ‘Kak, Abang berdiri sebelah sini ( belakang divider jalan ) di situ bahaya... kami semua pun memanjat divider yg agak tinggi untuk ke sebelah... dalam hati terfikir jugak mana datang nya orang2 ni? Cepat sungguh berada di tempat kejadian...rupa2 nya dia orang ni kerja tukang cari kereta accident, kereta2 lain tk da pun yang berhenti memberi bantuan... faham.. mungkin mereka tk berani dengan keadaan tempat tu yang tak sesuai utk berenti.. corner n gelap..
Dalam keadaan yg gelap tu dgn kecoh suara Arjuna yang menangis di samping hujan rintik2, aku menelefon kawan aku yg sama2 on the way balik ke Kuantan dari meeting yang sama, cuma tak pasti lokasi nya di mana..
Nasib baik mereka di belakang kami.. so kami tunggu la sehingga dia org sampai.. dalam 40minit jugak menunggu dalam keadaan gelap dan hujan. Towing truck pun dah sibuk menunggu nak tarik kereta dan panggilan dari syarikat yg nk settlekan insurance kereta..
Bila kawan2 aku sampai, dia org discuss dan uruskan semua. Towing kereta ke Balai Polis Karak, buat report then bayar RM250 utk tow truck yg towing kereta dari tempat accident ke balai polis Karak. Sementara kami terus bergerak balik ke Kuantan sambil menahan sakit...tow truck dari Kuantan datang ambik kereta, senang semua settle kan kat Kuantan saje...

Sampai Kuantan terus ke hospital, walaupun aku sebenar nya ada beli PA insurance utk whole family, tapi oleh kerana tak ambil berat tentang apa yg aku beli and ikut saje org bawak.. end up dekat HTAA yg sangat slow tu... alhamdulillah 2 anak tak da apa2, cuma husband, collarbone patah dan aku sakit dada terlampau dek impact of airbag. Macamana pun aku bersyukur sangat Arjuna tak kena apa2 walau pun dia duduk atas riba aku.
Bayang kan kalau tubuh kecil itu kena airbag...atau ketika duduk di belakang dgn abangnya tanpa memakai seat belt... semoga di jauh kan....

Moral of the story 
# berhati2 ketika memandu especially malam, hujan dan corner2 merbahaya...
# pakai seat belt
# jaga safety anak2. Makesure dia orang di belakang pun pakai seat belt
# cepat2 keluar dari kereta takut kereta terbakar atau meletop
# jangan berdiri di tepi jalan, cari tempat selamat 
# bantal sedikit sebanyak juga membantu dari mengalami kecederaan

Itu sahaja yang aku terfikir buat masa sekarang....


April 13, 2017

Percutian ke Bali 2016 - Pantai Pendawa / Jimbaran

4th Day = last day
( dah basi dah cerita ni.... baru nak update ke..huhu )

Bangun pagi bersiap2 untuk check out. Walau pun our flight pukul 9.30pm, tapi banyak tempat2 yang kami nak kunjungi... Hari ni kita pergi ke beach2 sekitar kepulauan Bali ni ..

First beach yang kita pergi hari ni ialah....Pantai Pendawa..

Cuaca sangat panas ketika ini...


Arjuna di Pendawa beach..




Masih di Pantai Pendawa



Dari Pantai Pendawa kami singgah ke Pantai XXXX ( sorry tak ingat nama ).

Kakak Baby & Arjuna ( sexy...tak pakai baju.)

Tea time dengan goreng gorengan...


Lepas minum petang terus ke Jimbaran.... lepak lepak di tepi pantai sambil menunggu sunset & dinner


Kami dinner di sini ... Caviar Cafe... 



Fresh crabs
Sweat & Sour crab - Jimbaran BBQ style


Prawn - ntah style apa ntah....


Enjoying our dinner...


jagung bakar by the beach
Dan matahari pun terbenam..





Sunset at Jimbaran beach

Setelah kepenatan bermain di pantai.. akhirnya.. senang kerja Mama sikit...terus tidur sampai ke KL.. 




Alhamdulillah , akhirnya habis jugak episode terakhir dalam "Percutian ke Bali" ni... Walau pun sekadar melepas kan batuk di tangga..

 Wassalam..

August 09, 2016

Percutian ke Bali 2016 - Luwak Coffee, Gunung Kintamani & Tegalalang Rice Terrace


Day 3
 

First destination hari ni.. supir bawak ke tempat melukis batik dan tenun. Sebelah pusat tu ada souvenir shop. Lokasi ? tak pasti... huhu






 Cantik Luwak Coffee

Selepas puas shopping, supir bawak kami ke kebun kopi..


Pekerja di Cantik Luwak Coffee ni menerangkan jenis2 coffee yang mereka ada. Luwak kopi ...kopi jantan, kopi betina.....etc etc


Kalau tak silap ini madu kelulut... kalau silap sorry... lupa2 ingat


Kopi di goreng tanpa minyak secara tradisional..



Kemudian kopi di tumbuk secara manual... perasan tak bunga yg kat dalam kertas kecil tu? Di mana2 saje kita akan jumpa bunga ni... di pantai2 , di jalan2 di percayai  barang2 keagamaan masyarakat di sini.. jumpa kat jalan jangan pijak pulak...


Ini dia musang yang menghasilkan kopi luwak... This time dia sedng tidur coz musang ni ialah sejenis nocturnal animal iaitu tidur di waktu siang dan berjaga waktu malam...


Jenis2 minuman yang disedia kan... saya suka cocunut coffee dan vanilla coffee...lemongrass tea pun sedap



Sempat menjamah durian....



Ini dia Luwak Coffee...kalau tak silap...100gm dia berharga about Rp400k




Saya beli ni aje...Luwak Coffee too expensive..tapi kalau murah pun.. rasa macam tak berapa nak boleh telan je...





Arjuna sempat menunjukkan bakat terpendam nya...


Dari luar nampak macam hanya pokok biasa....itu pokok koko


Gunung Kintamani

Selepas kopi kami di bawa ke Gunung Kintamani... perjalanan agak jauh.. lebih kurang 2hrs from here ( kalau tak silap lagi...hehe) On the way perjalanan... sekeliling memang everything is Bali.. rumah2 kat sini di haruskan  bercirikan Bali....Tandas mesti di luar.. tak boleh sekali dgn main house.. kata nya...

Gunung Kintamani




Permandangan yang cantik , nyaman dan sejuk...bahagian atas terlalu open.. walau pun sejuk tapi cahaya matahari direct ke kita... kena pakai sun block...Nak bagitau... ini sebenarnya restaurant ya... bukan boleh bersantai2... taking photo je tau.. kena makan kat sini..... kalau tidak ambik gambar dari bawah je.. kat situ penuh dengan penjaja menjual t'shirt, souvenir.. kena hati2 coz walaupun murah barang kurang berkualiti..





separuh dari kami lunch kat bahagian atas ni...saya tak suka bersila.. so ada yang makan kat level bawah




Di level bawah ni cuaca lebih sejuk dan tak ramai tamu...








Menikmati air kelapa...




Sepanjang jalan turun dari Gunung Kintamani.. banyak kita nampak gerai2 buah2an yang menjual local fruits

Tegalalang Rice Terrace

Best nya suasana kat sini....rasa macam nak tidur kat atas padi ni...

Padi terrace



Balik dari Tegalalang terus dinner dulu.. Kami dinner di Warung Malang Restaurant... Special seafood and chinese food. Restaurant ni terletak di area Kuta.. So dekat la dengan hotel kami...
Selepas tu  baru supir hantar ke hotel...Time ni baru la nak berehat2 kat hotel... full day di luar.. Lepas tu dah nak packing pulak... esok dah nak balik... masih ada lagi destinasi yang masih belum di singgah...


* Tunggu satu episode je lagi untuk Percutian di Bali 2016 kami....