December 04, 2019

Percutian ke Lombok Apr 2019 - Part 2

Salam & Hi...

Jumpa lagi

Sambungan dari Percutian-ke-Lombok-Apr-2019-part-1


Day 4 ( 25/4/2019)

Breakfast macam biasa sambil santai santai di tepi pantai...


11.00am, checked out dari Blackpenny hotel. Pak supir, Si Agus sudah menunggu dengan boat untuk ke Teluk Nara.

Boat menuju ke Teluk Nara

Terminal Teluk Nara

Refreshing...


 Dari Terminal Teluk Nara, van membawa kami ke Sengigi Beach. On the way ke sana singgah sebentar di tepi bukit untuk bagi makan monkey2 liar di sana. Kacang memang dah ada di jual di situ....Tidak pasti nama tempat apa... dari situ kami singgah makan durian di tepi tepi jalan.
Durian sangat besar dan isi nya sedikit keras. dan rasa kurang enak















Kuih tradisional di sana... seakan akan ketupat.. ada inti kacang dan ada yang kosong...






















Tempat jualan makanan makanan kering..

Dari sana Pak Supir menghantar kami checked in di Living Asia Resort & Spa.. Bagi Sis, rate di sini sangat sangat berbaloi..


25/4 - 26/4/2019Living Asia Resort & Spa, Senggigi
RM248 x 4 rooms = RM992
Room inclusive of breakfast & tea break for 8 persons
Booking via booking.com
.



Welcome drink yang rasa nya sedikit pelik bagi anak2.. coz rasa halia... tetapi agak unik dan refreshing bagi Sis





1 buah rumah ada 2 bilik yang berasingan.. 1 di bawah dan 1 lagi di atas...










Open bathroom... kalau malam malam seram sikit....







Bilik yang luas ( kat belakang huhu )



 Ish ish ish .....





Dinner kami malam ni hanya di restaurant dalam resort sahaja...Malaka Restaurant... di sekitar resort memang tak ada kedai makan... unless kita ada transport untuk keluar mencari tempat makan...



Pizza... yummy














Day 5 ( 26/4/2019 )



Buffet breakfast by the beach...







Check out time..


Checked out dari Living Asia Resort & Spa, Agus membawa kami jalan2 sekitar Lombok sebelum menghantar kami ke Airport. 







Di Sasak Village



Boleh beli kain tenunan di sini...

Selepas ke Sasak Village, Agus bawak kami ke Bukit Merese yang pemandangan sangat cantik... Untuk mendapat pemandangan yang cantik kami terpaksa memanjat bukit sedikit.... Is ok.. kat bawah tu nanti air kelapa sedang menanti...










Eh... ada buffalo... Yang belakang tu posing maut ke...



Teletubbies family...


Dari Bukit Merese, Pak Supir bawak kami ke Mandalika... di sini kami hanya sebentar sahaja.. kerana sangat  tidak selesa dengan penduduk2 kampung yang seakan akan memaksa kami membeli barangan mereka... mereka akan ikut kita kemana sahaja kita pergi until kita membeli barang souvenir mereka... Bila kita beli satu akan ramai lagi yang datang mengerumuni kita... Keadaan macam ni betul tidak sihat untuk pelancung2 seperti kami...


Add caption


On the way ke Airport kami singgah untuk late lunch Nasi Balap Puyong di Rumah Makan Cahaya... Bagi Sis di sini lebih murah dan bebaloi dari restoran yang kami dinner waktu mula2 sampai...
Harga murah dan sedap...

Nasi Balap Puyung

After lunch terus ke Lombok International Airport untuk berangkat ke KL pada pukul 8.35pm

The End








1 comment: