Hi semua ...
Walaupun agak terlambat sis tetap nak update jugak percutian sis di Lombok pada April 2019 yang lepas. Masih dalam tahun yang sama... tak pa kan?
22/4/2019 ( Day 1)
Bertolak dari Kuantan at 7.40am. Pada asal nya nak depart at 7.00am, tapi biasa la memang selalu nya tak pernah on time. 10.40am sampai ke Klang. Singgah kat AEON Bkt Tinggi untuk keluar duit dan tukar duit ke rupiah. Sempat jugak bershopping.
Van ke KLIA2 Airport janji nak pick up pukul 12pm tapi pukul 12.30pm baru sampai. Itu pun nasib baik 11.30am Sis call driver yg sepatutnya datang pick up kita orang, tapi driver tu bagitau dia ke Melaka. Macam tak tau je... ada pertukaran driver ke? Call company dia, dia hantar van lain. Sis memang suka pergi awal ke airport coz pekara2 yang macam ni la yang Sis takut kan. macam2 hal boleh jadi. Bila dah sampai ke airport, baru la tenang sikit...
Cost one way dari Klang ke KLIA2 untuk van (9 persons with luggage) ialah RM180.
* Tips kalau takut transport sampai lambat call driver / transport company at least 1 hour sebelum pick up time. Takut keadaan yg tak di ingini berlaku.
4.40pm - take off to Lombok. Arjuna good boy. Dah tak takut naik plane. Excited sangat. Selepas balik dari Phuket last year dia memang pantang nampak plane. sebelum2 ni dia kecik lagi... tak tau apa2...Dalam flight sibuk membebel sorang2 dia, lepas makan membebel lagi then baru tidur
8.10pm arrived at Lombok International Airport..Lepas claim luggage, pergi beli sim card. Dekat luar aiport apasal ramai sangat orang ni... mcm penduduk kampung je.. hari ni je atau memang biasa macam ni?
Cost airport transfer ke Mataram is Rp650,000 lebih kurang RM190 (van for 9 persons). Sebelum ke hotel driver bawak makan ayam bakar taliwang.
Bagi sis tak berbaloi sangat makan kat sini. Ayam Taliwang 1 pinggan rp50,000 lebih kurang RM15. Ayam dara yg sgt kurus. Tulang je.. tk dapat rasa pun sedap ke tak... sangat tak berbaloi. Kalau makan kfc pun dh dapat snack plate
|
Avacado juice @ jus alpokat jadi pilihan. Ini memang fovourite sis |
|
Ayam Taliwang.
Tudia.. dalam gambar nampak la besar jugak ... kalu makan butrung puyuh lagi banyak isi nya... |
|
Makan maggie goreng lagi berbaloi |
|
menu di sini |
Lepas dinner terus ke hotel. Kami menginap di Fave Langko Mataram. Hotel kecik je. Memang saje pilih yang kecil dan murah. Sampai pun dah malam kan... nak tidur 1 hari je...
RM134 x 4 rooms = RM537.20
|
Bilik not bad |
|
Walaupun ruang terhad tapi tetap selesa |
23/4/2019 (Day 2)
9.00am, breakfast di Fave Coffee House. Buffet breakfast di sini lebih kurang macam small hotel lain jugak..Mostly they serve local Indo food, egg station, juice station, cereal & bread. Coffee & tea mesti lah ada kan...
|
Makan sampai kenyang... boleh skip lunch |
|
Local indo kuih ... lebih kurang macam kuih lopez |
Checked out from Fave Lango Mataram at 12pm. On the way to Gili Trawangan, dropped by kat Masjid Islamic Centre iaitu masjid terbesar di Lombok
|
Di depan Masjid Islamic Centre |
Dari situ kami singgah di Villa Hantu. Villa separuh siap yang terletak di pinggir pantai ni di khabarkan milik seorang berbangsa Inggeris. Tapi, belum siap kerja pembinaannya, Mat salleh tu hilang tanpa berita. Ia masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ni..
|
beautiful scenery from Villa Hantu |
|
Di depan Villa Hantu |
|
Tak jauh dari villa hantu, ada lagi satu villa yang berpenghuni.... cantik kan view dari villa tu...
|
Untuk ke Terminal Teluk Nara, kita akan melalui Sengigi Beach. Dari lereng2 bukit kita akan dapat lihat pemandangan tepian pantai yang sangat cantik. Di Sengigi ni la nanti kami akan menginap apabila balik dari Gili Trawangan nanti.
Sampai di Terminal Teluk Nara, our private boat dah siap menunggu. Terminal ini ada lah terminal untuk private boat sahaja. Jika nak menggunakan public boat yang harga nya lebih murah, terminal nya adalah di Bangsal.
Perjalanan ke Gili Trawangan dengan menaiki speed boat hanya mengambil masa selama lebih kurang 10 minutes. Boat terus hantar di depan hotel kami.
Cost one way dari Mataram ( Fave Lingko ) + boat ke Gili Trawangan ialah Rp 1.2 juta. lebih kurang RM350 ( 9 persons)
2nd & 3rd night stayed at Black Penny, Gili Trawangan. Kami booked 2 units of 2 bedroom villa. Each villa with two bedroom and own private pool.
RM324 x 2 villas x 2 nights = RM1295.80
Villa cantik tapi kebersihan tandas kurang memuaskan...
For me, harga sangat berbaloi
Gili Trawangan ni ada lah Gili yang paling besar dan happening antara Gili2 yg lain. Pengangkutan di sini hanya dengan berjalan kaki, berbasikal atau berkereta kuda. Kami menyewa basikal dengan harga Rp50 ribu satu hari. Sekali sekala berbasikal beramai2 memang seronok.
|
Welcome drink di Black Penny |
After checked in, Si Arjuna dah tak menyempat2 nak terjun ke pool..
|
|
|
starting dengan rendam kaki dulu |
|
Bed yang quite selesa |
Second bedroom
|
Buai laju laju... sampai pucuk sena..
|
Horse riding
Sunset di Gili Trawangan
Kami tak sampai ke Ombak Sunset yang menjadi trademark Lombok... kat sini pun boleh la... Dah tak larat nak kayuh basikal....
Dinner malam ni kami makan di salah sebuah restoran di tepi pantai sambil dengar live band.
Nasi Goreng Special @Rp75k dan dessert pisang goreng bersalut chocolate dan cheese. Sepanjang pantai memang bising dengan music dan live band dari restoran2 sekitar. Memang happening.
|
favourite juice |
|
Goreng pisang cheese dan chocolate for my dessert |
24/4/2019 ( 3rd Day )
Breakfast by the beach memang santai. Pendek kata memang semua by the beach la.. Dh memang kat pulau kan...Choice of continental or American breakfast. I always choose american breakfast
|
White coffee |
|
Pastries |
|
Tengok apa tu Arjuna....really love this place |
After breakfast, berbasikal lagi sekeliling pulau. Lepas tu kita ber 'massage' pulak.... perbetulkan balik urat2 yang dah tegang selepas penat bekerja...
Traditional + foot massage = Rp250k selama 1 setengah jam.
|
Take away spaghetti untuk lunch... |
|
Hi guys |
|
After massage pekena banana juice
|
|
Shopping bag jap.... |
|
Dinner malam ni ... ayam bakar yang di jual di tepi2 pantai / jalan... |
|
Bumbu bumbu nya... |
Malam kedua, kami dinner di gerai di tepi pantai / jalan.. Gerai2 ni penuh dengan Mat Salleh...Bagi Sis lebih puas makan.. kita boleh pilih sama ada nak ayam, fish or seafood... Come with side dish seperti tempe goreng dan ulam.. Minum dengan air kelapa sambil mendengar ombak memukul pantai dan angin sepoi2 bahasa... memang terbaik
Okey.... esok kita akan ke Sengigi Beach. Kami akan menginap di sana selama satu malam...