December 13, 2015

Pemakanan ketika berpantang

Untuk kelahiran kali ini aku berpantang berteman kan hubby yang menjaga makan minum aku dan baby. Begini la nasib bila ibu kesayangan telah pergi selama lama nya. Masih sama macam berpantang semasa abang2 Arjuna dulu tu.... aku tetap berselera makan walau makan makanan yang hampir sama setiap hari... ikan bakar dah sayur...

Arjuna ketika dalam pantang





Ini yang aku dapat dari http://www.myhealth.gov.my

Wanita yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan berusaha menjaga kesihatan diri dengan mematuhi amalan semasa dalam pantang sebagaimana yang disarankan oleh budaya mereka.
Kebanyakan budaya mengakui kemungkinan berlakunya kerosakan kepada tubuh wanita ekoran daripada proses mengandung dan bersalin yang perlu diperbetul, dijaga dan dicegah supaya tubuh dapat kembali kepada keadaan asal.
Ini termasuk proses pemulihan akibat :
  • kehilangan darah semasa bersalin
  • pengecutan rahim
  • keseimbangan hormon
  • ketegangan urat saraf semasa proses bersalin
  • kehilangan tenaga semasa proses bersalin.
Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu lepas bersalin untuk merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh selepas bersalin.
Pemakanan yang baik merupakan kunci utama untuk membolehkan wanita terus kekal sihat selepas bersalin. Rehat yang cukup juga amat penting untuk proses pemulihan.
Pantang-larang makanan selepas bersalin merupakan suatu kepercayaan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang mengaitkan sesuatu makanan dengan kemudarataan kepada ibu lepas bersalin, dan harus dielak dalam satu tempoh yang dipanggil tempoh berpantang. Hampir semua masyarakat di Malaysia mempunyai kepercayaan pantang-larang ini.
Walau bagaimanapun, daripada segi perubatan dan kajian saintifik, tiada yang membuktikan bahawa makanan-makanan ini akan memberi kemudaratan kepada ibu lepas bersalin dan perlu dielakkan. Oleh yang demikian, ia bergantung kepada kepercayaan ibu itu sendiri sama ada untuk mengamalkan pantang-larang ini. Namun kunci utama iaitu pengambilan makanan yang seimbang dan sihat perlulah dipatuhi untuk kekal sihat.
 
Berapa lamakah tempoh berpantang ?
Jangka masa yang diperuntukkan untuk wanita berada dalam pantang berbeza mengikut budaya, adat dan tempat misalnya :
  • wanita Melayu selama 40 hari (hingga 44 hari)
  • dalam kalangan masyarakat Cina, lazimnya tempoh berpantang adalah 30 hari, manakala
  • masyarakat India mengamalkan selama 30 hari.

Perlukah diet khusus semasa berpantang ?
Sebenarnya, tiada diet atau makanan yang khusus semasa ibu berpantang.
Lazimnya, pengambilan makanan ibu semasa berpantang banyak dipengaruhi oleh kepercayaan pantang-larang yang diamalkan oleh masyarakat wanita tersebut.
Tiada halangan jika ibu ingin mengamalkan pantang-larang dalam pemakanan tetapi kunci utamanya adalah diet yang seimbang dan makan secara sihat.
Semasa berpantang, ada sesetengah makanan yang dilarang diambil oleh ibu yang baru bersalin. Namun, makanan tersebut perlulah diganti dengan makanan lain daripada kumpulan makanan yang sama bagi memastikan zat makanan tersebut dapat diperoleh. Sebagai contoh, ada jenis ikan tertentu yang dianggap boleh menyebabkan “gatal” dan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang. Namun, ibu boleh mengambil ikan jenis lain untuk memastikan sumber proteinnya dapat diperoleh. Begitu juga dengan sumber bijirin, sayur dan buah.
 
Apakah makanan yang perlu diambil semasa tempoh berpantang ?
Adalah penting untuk ibu memastikan makanan yang diambil semasa tempoh berpantang terdiri daripada pelbagai jenis dan seimbang mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
Keperluan pemakanan ibu boleh dirujuk kepada Diet Selepas Bersalin.
Perkara ini penting untuk memastikan semua keperluan nutrien yang diperlukan dapat diperoleh untuk memulihkan kesihatan ibu serta menjayakan penyusuan susu ibu.

Mitos dan fakta dalam amalan pantang-larang pemakanan selepas bersalin
  1. Jangan makan ubi-ubian ?
Mitos
Ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan daripada jenis ubi-ubian seperti keledek, keladi dan ubi kayu kerana makanan ini dipercayai mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan ibu kembung perut.
 
Fakta
Ubi-ubian merupakan makanan bijirin yang membekalkan karbohidrat sebagai sumber tenaga.
Jika ibu tidak boleh mengambil ubi-ubian semasa dalam pantang, ibu boleh mengambil makanan gantian daripada kumpulan bijirin yang lain seperti nasi sebagai sumber karbohidrat dalam diet ibu.
 
  1. Mengelak makanan 'sejuk' ?
Mitos
Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang dianggap ’sejuk’ dan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang.
Mengelakkan makanan sejuk dikatakan dapat membantu melancarkan pengaliran darah dan melambatkan proses pemulihan. Makanan sejuk menyebabkan kembung perut, kejang otot dan sakit-sakit badan.
Fakta
Tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan bahawa mengelak makanan-makanan ini memberi sebarang faedah kepada kesihatan  ibu dalam pantang.
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan amat penting sebagai sumber:
  1. vitamin
  2. mineral
  3. fitokimia
  4. serat.
Serat amat penting untuk melancarkan pembuangan najis bagi mencegah masalah sembelit yang sering kali dialami oleh ibu yang baru bersalin.
Malaysia kaya dengan kepelbagaian sayur dan buah. Oleh yang demikian, ibu yang dalam berpantang boleh memilih sayur dan buah yang tidak dianggap sebagai ’sejuk’ untuk memastikan keperluan harian buah dan sayur dapat penuhi. Contohnya :
  • sayur-sayuran : sawi hijau, bayam, kucai, ulam-ulaman (contoh : pegaga, daun cekur dan ulam raja).
  • buah-buahan : oren, betik dan pisang.
  
  1. Ikan, ayam dan telur adalah 'bisa' ?
Mitos
Beberapa jenis ikan, ayam, telur dan beberapa jenis buah-buahan seperti nenas dianggap sebagai ’bisa’ dan ’tajam’. Makanan berbisa dikatakan boleh melambatkan penyembuhan luka bersalin serta boleh menyebabkan pendarahan bagi ibu dalam pantang.
 
Fakta
Makanan ini merupakan sumber baik bagi :
  • protein
  • vitamin
  • garam mineral.
Ibu dalam pantang perlu mengambil secukupnya makanan sumber protein seperti ikan, ayam, telur dan kekacang. Sumber protein amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan. Salah satu fungsi protein adalah pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh.
Selain itu, makanan ini juga membekalkan zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran  dan dapat mencegah masalah anemia. Kekacang juga merupakan sumber serat yang baik.
Ibu selepas bersalin memerlukan banyak protein. Oleh itu, elakkan amalan hanya mengambil ikan kering semasa berpantang kerana ini boleh memudaratkan kesihatan. Pastikan diet harian ibu mengandungi sumber makanan daripada kumpulan ini.
 
  1. Ibu dalam pantang tidak boleh minum air ?
Mitos
Ibu dalam pantang tidak boleh minum air dengan banyak kerana dipercayai boleh menyebabkan urat saraf menjadi kembang.
 
Fakta

Ibu dalam pantang perlu minum air secukupnya iaitu 6-8 gelas sehari. Kepercayaan ibu dalam pantang perlu mengehadkan pengambilan air adalah perlu dielakkan. Pengambilan air yang mencukupi penting untuk :
  1. memulihkan kecergasan badan
  2. keseimbangan elektrolit
  3. mengawal suhu badan.
Pengambilan air secukupnya amat penting bagi ibu yang menyusukan bayi untuk menggantikan air yang diguna untuk menghasilkan susu ibu. Seseorang ibu menghasilkan anggaran 800ml atau 4 gelas susu ibu sehari.
 
Makanan khusus yang dipercayai memulihkan kesihatan ibu dalam pantang
Terdapat makanan khusus mengikut kepercayaan budaya sesuatu masyarakat yang mengaitkan makanan dengan kesihatan ibu dalam pantang.
Sebagai contoh penggunaan HALIA sebagai ramuan di dalam masakan merupakan amalan tradisi ibu berpantang dalam kebanyakan masyarakat. Halia dikatakan sebagai ’panas‘ atau makanan yang memanaskan badan dan dipercayai boleh melancarkan pengaliran darah. Begitu juga dengan akar-kayu, minuman herba dan lain-lain lagi.
Bagi masyarakat Cina, arak (wine) akan dicampurkan ke dalam makanan ibu lepas bersalin kerana dikatakan boleh memanaskan badan. Pengambilan ikan haruan sebagai diet ibu lepas bersalin juga agak popular dalam kebanyakan kaum sama ada Melayu, Cina atu India. Ikan haruan dipercayai mempunyai kemampuan untuk memulihkan luka-luka akibat bersalin. Selain itu, pengambilan jamu juga banyak diamalkan oleh ibu lepas bersalin untuk memulihkan kesihatan dan mengembalikan kesegaran badan selepas bersalin. 
Pengambilan makanan ini boleh diambil selagi ia tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayinya jika ibu mengamalkan penyusuan susu ibu. Jika ibu menyusukan bayinya, ibu perlu lebih berhati-hati semasa mengambil makanan seperti ubat-ubatan herba, jamu dan alkohol kerana ia akan menyerap masuk ke dalam susu ibu. Kesan sampingan ini lebih berisiko kepada bayi pramasa atau bayi yang berumur kurang dua bulan berbanding bayi yang lebih matang. Ibu perlu peka kepada tanda-tanda atau perubahan yang berlaku kepada bayi seperti tidur yang tidak normal, tidak mahu menyusu, gangguan perut dan jaundis. Jika ada kebimbangan, ibu perlu memberhentikan pengambilan makanan-makanan ini dan dapatkan nasihat pegawai perubatan atau anggota klinik yang berdekatan.
 
Penutup
Ibu dalam pantang dinasihatkan agar tidak mengamalkan pantang-larang pemakanan yang keterlaluan sehingga mengehadkan jumlah pengambilan makanan dan air atau tidak mengambil sumber makanan daripada kumpulan makanan yang tertentu.
Prinsip makan secara sihat perlu diamalkan agar ibu sentiasa cergas, ceria dan sihat semasa dalam pantang.


Untuk ibu2 yang sedang berpantang... "Selamat Berpantang"

 


August 19, 2015

Lahir nya Arjuna beta

Pada tanggal 23/9/2014, lahir nya anak ke-3 mama yang 15 tahun perbezaan dengan abang2 nya.. Seperti yang dah di scan, boy lagi kali ni..Mama tak kisah dapat semua nya lelaki as long as anak2 mama sihat. Kelahiran pada tarikh 23/9  di Kuantan Medical Centre ni memang pilihan mama ( of course dengan izin Allah.) . Abg kembar Arjuna lahir pada 9/3,  so mama cuma terbalik kan je angka tu.. Nak pilih date 3/9 terlalu awal, time tu belum cukup bulan. Kelahiran secara ceaserean ni cukup cukup 38minggu. mama dah tak sanggup nak menunggu lebih lama lagi.....


Arjuna selepas beberapa jam kelahiran nya...

.

Ini Arjuna ketika dalam perut mama pada usia 7bulan..sama tak?



Breakfast kat sepital makan ni je....

Serik rasa nak beranak lagi... sakit nya.. Mama stay kat sini 4Days 3Nights. Kalau ikut kan, doc kata hari ke 2 dah boleh balik.. Tapi Mama tak mau.. mama tak larat nk berjalan...Nak rest kat sini je.. Itu pun dah kena suruh pergi toilet sendiri. huhu. Nasib baik la toilet tu dekat..lepas ni nak kena fikir pasal pantang pulak.....Tak boleh makan yang bukan2..