March 31, 2013

Earth Hour 23rd March 2013

Sekarang dah 1.45am. Mata dah mula mengantuk... Tapi oleh kerana memang dah berniat nak update blog ni pasal earth hour, Ku teruskan jugak la..

Actually, first time update blog guna handphone.. Tak tau apa rupa nya nanti .., is ok, esok tengok balik kat laptop or pc..


Apa itu Earth Hour?

Seperti yang semua sedia maklum, Earth Hour ini adalah global event yang dibuat oleh World Wildlife Fund (WWF) disebabkan oleh perubahan iklim yang drastik.

Tahun-tahun sebelum ini, boleh dikatakan Earth Hour ini berjaya kerana telah banyak negara turut serta dengan menutup lampu di bangunan – bangunan yang menjadi mercu tanda negara mereka.

Serba sedikit sejarah mengenai Earth Hour ini adalah ianya bermula pada 31 Mac 2007 di Sydney, Australia di mana seramai 2.2 Juta penduduk Sydney menutup lampu pada pukul 7.30 malam waktu tempatan.
Tahun 2008 pula Earth Hour diadakan pada 28 Mac 2008 di mana sebanyak 35 negara dan 400 bandar telah menyertai program ini dan menutup lampu dari pukul 8 hingga 9 malam.

Ada beberapa kebaikan dalam Earth Hour ini dan di antaranya adalah :


1. Menjimatkan elektrik : bayangkan berapa banyak jumlah penggunaan elektrik berjaya dikurangkan terutamanya di pusat-pusat bandar. Sekaligus mengurangkan suhu bumi yang kian meningkat kini.

2. Menginsafkan diri : generasi terdahulu hidup tanpa elektrik membesarkan orang tua kita. Betapa susahnya mereka. Kita patut bersyukur dilahirkan dalam keadaan serba lengkap.

3. Mengingatkan kita : bahawasanya bumi ini memerlukan jagaan kita. Jadi janganlah kita membazirkan sumber yang ada, merosakkan apa yang ada di muka bumi ini, dan lupa akan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini

 
Kat bawah ni gambar masa kita orang menyambut earth hour pada 23hb baru-baru ni... 

Candles beralas kan daun pisang dan di tabur dengan daun pandan...

Buluh yang dimasukkan pasir ke dalam nya..














  
 
Anak sapa ni...?
3 dara pingitan... Bawang Besar, Bawang Merah & Bawang Putih






March 14, 2013

Percutian ke Kundasang & Kota Kinabalu


Percutian singkat ke Kundasang dan Kota Kinabalu pada 2 March 2013 baru-baru ni memang menyeronokkan… anak2 pun happy… Kali ini aku bercuti  dengan my twin and my best friend (since anak dara lagi) and her kids…

 Welcome aboard our Airbus A** to Kota Kinabalu. Our flight will take about *** hour and refreshment will be served. For your safety reason, please put your seat upright and no smoking. Thank You..


Ni masa kat KK airport, tengah tunggu kereta sewa.. Kita orang sewa kereta Avanza . Cost untuk sewa kereta RM170 satu hari… Murah ke mahal? Tak tau la..Sebelum bertolak ke Kundasang, Abg rambut ketak (Sham dari Utusan Malaysia ) bawak kita gi Lunch kat restoran nasi campur – Lengkuas, kata nya owner dia orang Kelantan…Perjalanan ke Kundasang lebih kurang 2 jam lebih kot… Selepas mendaki bukit dgn Avanza auto tu akhirnya sampai jugak kami ke Kundasang and check in kat  Kinabalu Pine Resort ( Thanks to Walter – X-staff of Gayana Beach Resort kerana suggested  kat aku hotel ni… View sangat cantik… from here we can see Mount Kinabalu dengan jelas..


Ini lah bilik2 kita orang ( yang kat bawah tu..)
Kita orang ambik 2 bilik.. Booked melalui Agoda-RM180 per room per night with breakfast for 2 person.. ok la tu kan.. Bagi aku kat dalam bilik, biasa biasa aje.. tapi environment/scenary kat luar memang  tak mengecewakan..  Udara kat sini sejuk, esspecially malam.. Itu yg menyebabkan aku dan kawan aku berebut rebut tak nak mandi dulu… hehe

 Di depan bilik anak-anak bujang...

 Spoiled la pulak.. pakaian bergantungan...

Ini lah Gunung Kinabalu… Time ni dah petang sebab tu nampak gelap.. tapi kalau tak silap aku that time cuma dalam  pukul 6.00pm… biasa la Sabah kan… cepat gelap..

                                                          Cantikkan pokok pine ni....


Dinner kat KFC, Kundasang.. puas memusing kat Kundasang town tu  (town ke? ) akhir nya bebudak semua pilih KFC.. rasa nya macam susah je nak cari tempat makan yang sedap kat sini..(or may be kitorang yg tak tau…). Baru kul 9.00pm kedai2 pun dah tutup..


Breakfast kat hotel…Additional person is RM13.00nett (kalau tak silap).. Tak da la banyak choice sangat… maybe coz harga pun tak mahal sangat…


Sebelum check out possing kat depan bilik dulu, bilik kita orang J3 & J4. Check out time kat sini kul 11.00am.Awal kan? Kita orang check out tepat-tepat kul 11.00am. Sepatut nya kena bagi discount kan ? coz on time…


                                                             My friend and her kids 

                                                                   Aku dan my twins

Lepas check out, kita orang ke Desa Dairy Farm kat Mesilau..Tapi bukan masuk free tau kat sini.. kena bayar RM5 sorang utk adult..Children RM4.. Tapi nak highlight kat management kat sini la… dah tau dah charge untuk entrance fee… jalan tu betul kan la sikit… berlubang-lubang. Luckily jalan dari KK ke Kundasang ok..

Fresh milk kat sini ‘segar dari ladang’.. Plain and chocolate flavour.. Mak-mak suka yang plain, anak-anak pilih yang chocolate... Kita orang pun ada makan ice cream, boleh tahan.. and tak lupa juga fridge magnet ( benda wajib beli kalau ke mana2 tempat percutian)


 Best nyer ice cream.. 

                                        Jangan salah faham yek.. ni bukan Gunung Kinabalu..

                                   Anak-anak bersama dengan lembu-lembu… moahhhhh!!!!

                                                          Suka permandangan kat sini..

                                                         Ini la kereta sewa kita orang..


On the way ke KK singgah kat Rumah Terbalik.. Entrance fee RM10 (adult) RM8 (Children )kot.. Kat dalam rumah tak di benar kan mengambil gambar..


                                          Lunch kat Rumah Terbalik… boleh tahan mahal..


Setelah tersesat jalan nak mencari hotel… akhir nya berjaya sampai ke Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu.. yeahhh.. Mak-mak dan anak –anak bercuti, merentasi gunung ganang hehe… tak ramai orang pompuan yg boleh buat mcm kita org tau ( puji diri sendiri)


Kat waterfront (kot…)


                                        With old friend, Kong (GM of Grand Borneo Hotel)



Bye bye KK, bye bye Sabah…