March 01, 2014

Trip ke Medan - Merek Hills ( Taman Simalem Resort- Danau Toba)

Hi Ibu-ibu, bapak-bapak.. Apa khabar semua... Trip yang ingin saya kongsi kan bersama ni sebenarnya trip yang dah beberapa tahun yang lepas, tapi saya rasa boleh di guna pakai lagi...

Selama hampir sebulan saya di sini berulang alik dari Medan dan Merek Hills di mana terletak nya Taman Simalem Resort. Perjalan dari Medan lebih kurang 3 jam.. Jalan di sini tak berapa baik.. terpaksa mendaki jalan2 yang curam.. Kalau banyak kenderan bikin macet..Tapi kebanyakan driver2 di sini dah expert menaiki jalan2 yang berliku dan rosak tu..Kata nya, jalan ni tidak di perbaiki kerana kerajaan bagi perhatian kepada jalan yang menuju ke Danau Toba - Perapat. Tak tau la betul ke tidak...Berkenaan dengan Danau Toba ni, sebenar nya kalau orang luar sebut Danau Toba makna nya di Perapat. Tapi sebenarnya kalau nak tengok Danau Toba, di Taman Simalem Resort ini atau pun Merek Hills, permandangan nya lagi cantik kerana kita dapat melihat Danau Toba dari atas. Kalau yang nama nya Danau Toba - Perapat tu hanya dapat lihat dari aras yang sama dengan danau nya.

Di Medan aku tinggal di Medan Ville Hotel. Hotel ni agak baru juga that time.. ada jugak aku terserempak dengan orang2 Malaysia yang menginap di sana..


Ini la activity aku kat dalam bilik... layan cerita Korea "Secret Garden"







Makan pun cuma order room service. Malas nak keluar.. tak rasa ada yang menarik kat luar tu..














Seaweed sup










Fresh orange di sini, di panggil 'air jeruk'. Pekena bersama dengan beef hor fun.. terbaikkk







Ini dia lontong terbaik dari ladang... memang sedap..













On the way ke Taman Simalem, sempat abik gambar signboard ni... Mejuah juah tu ada bahasa Karo yang bermaksud Selamat Datang...









Boleh singgah berhenti di Masjid ni untuk solat
                                                                                                                                                                                          

Pemandangan ketika dalam perjalanan... cuaca sejuk mula di rasai..

Entrance ke Taman Simalem Resort. Di samping menyedia kan hotel service di sini, pengunjung di sini boleh juga masuk ke kawasan ini untuk cuma bersiar-siar sahaja.. Tapi caj di kena kan...

 
 Kawasan di sini sangat luas.. untuk pergi dari satu ke satu tempat kena menaiki kenderaan... Jalan kaki pun bisa... tapi capet...


 Terdapat jugak tokong cina di sini...

 

Antara tempat-tempat menarik di sana

Di depan Dormitory..

Lobby dormitary..

One tree hill...

Honeymoon Villa....

Waterfall lodge area....

Pemandangan Danau Toba dari atas..memang sangat cantik..





One of the villas


Toba cafe




Acara memetik tomato..



Nak sampai ke villa terpaksa menaiki tangga... kalau bawak orang tua tu, cari bilik yang kat bawah je la...

Bersantai dengan jagung bakar....

Kat sini ada ladang kopi.. Ini dia kopi fresh...

Haa... yang ini coffee beans yang dah siap di proses..

Kalau tak silap aku ini ada la adik beradik pumpkin... tapi dia lain sikit dari pumpkin kat Malaysia...

Buah ni aku tak tau nama...

Sempat gi jalan-jalan kat Berastagi.. 

Sape-sape yang teringin nak naik horse carriage boleh la cuba kat sini..

Makan mee bakso kat Berastagi, kedai yang tak jauh dari round kat town.. Menyengat....

Shopping apa yang patut....

 Bersantai di gazebo sambil melihat permandangan gunung ganang dan Danau Toba... cantik nya

Teka apa ni? Ni la goreng pisang yang di top up dengan chocolate sauce dah di tabur dengan cheese...

Sambil2 bersiar2 dalam cuaca sejuk kat sini... ini la hasil kutipan ku.. buah pine ni besar2 dan tahan lama...

Ini dia benda wajib beli kalau aku ke Medan... Lapis Legit ni memang terbaik.. dan murah..
Brand Zulaikha ni memang famous kat sini.. kalau kat flight boleh kita namapk ramai yang menjinjit kotak lapis ni dari Zulaikha... Kata supir ku, ada dua kedai Zulaikha kat situ, di lorong yang sama, yang besar tu franchais dia, dan yang kecil sikit tu ada la kedai original owner dia. Ibu Zulaikha.. Kadang2 boleh jumpa Ibu Zulaikha kat situ...

Ini dia lapis legit yang dah siap di potong.. ada berbagai2 flavour..


Akhir sekali... alhamdulillah akhir nya aku berjaya menghabis cerita aku di Taman Simalem Resort ni...(setelah sekian lama bertangguh)..