December 29, 2018

Percutian ke Phuket 2018 - Part 2 ( Phi Phi Island Tour )

Aduh... dah bersawang dah blog ni baru la sis berkesempatan  menyambungnya... maaf la kalau menunggu lama

Day 3
Good Morning....

Pukul 8am dah bersiap sedia tunggu transport pick up untuk ke Island hopping....
Dari hotel ke Amphoe Mueang - Ko Kaeo ( tempat kami berkumpul untuk naik boat ) lebih kurang 40 minutes. Breakfast di sediakan di sini.. Selepas breakfast briefing about our tour

Di sini la kita akan pergi nanti.....

Tak berapa banyak yang sis boleh story kat sini... coz dah ingat2 lupa huhu... Biar la gambar berbicara ya...











snorkeling time...


Tengok orang snorkeling Si kecik ni pun sibuk nak turun....


Nasib baik cucu2 semua dah besar2 belaka...(tak ramai yang sanggup bawak org tua yg tak larat nak jalan gi island hoping..




KAMI.... owwh,.. tak cukup korum...



2 orag lagi kat sini ha....







berdiri macam ni buatkan nenek lebih rasa active








tired..sleepy
whole day activity di laut hari ni...


May 10, 2018

Percutian ke Phuket Mar 2018 - Part 1

Tahun ni, family bonding ke Phuket....

Macam biasa cuma 4Days 3Night... sarat dgn activity.. kadang2 rasa 3 nights tak cukup... see how,  next time kalau cukup budget kita cuti lebih lama....

Day 1
Dari Klang van pick up at 4.30pm. Arrived KLIA2 around 5.20pm.. Van agak sempit walau pun dah bagi tau berapa org kita ada + luggages and wheel chair. Lepak kat Marrybrown. Time baggage check in memang as usual kelam kabut sikit.. coz ada je yang merayap ntah kemana... time tu la nak gi toilet.. nak beli air...Bila ticketing staff tu panggil nama mula la ada yang tak ada... kan ada yang jadi 'home alone' versi malaysia...

Total cost untuk KLIA transfer @RM200 per way .  RM400 di bank in sebelum pick up. 

Flight kami malam @ 8.15pm. Delay cuma 5minutes. Kita org booked tickets with meals, senang nanti takut lapar... tapi kena makan cepat2 coz nanti nak fill up travel card pulak... penerbangan sekejap je... Cuaca tak bagus. Hujan... Arjuna pada awal nya sebelum take off happy n excited je... tapi bila dah kat atas dengan plane yang tak berapa stable coz hujan... mula lah macam ayam berak kapur...Cuma mood dia ok sikit bila time makan...Touch down di Phuket International Airport at 9.40pm ( waktu Thailand )... selepas pick up luggages, terus gi beli traveller sim card. Kami beli yang 3hari @B150 per sim card ( lebih kurang RM19 ). Actual price is B199 ( RM25 ) tapi dapat discount coz beli banyak. Keluar je gate 3 staffs dari Vecayphuket travel dah tegur. Tak nampak pun signage nama akak.. mesti dia tau ini mesti kita orang coz of total pax yang kami ada dan org yg paling last sekali keluar untuk penerbangan kami... (travel ramai2 memang macam ni...)
Time ni masih boleh senyum...


Welcome to Phuket... sibuk nak pegang passport sendiri..


Total cost untuk Phuket airport transfer ke BangTao untuk 2 van  ialah 1,110THB per way. 2 ways = 2,220THB ( lebih kurang RM279 ) - So far yang aku google ini yang paling murah

Kami terpaksa ambil 2 van coz kami ada 12 orang with luggages. Van selesa.. dun worry.
Perjalanan dari Phuket Airport ke tempat penginapan kami ialah lebih kurang 30-40 minit. Kami menginap di Hill Myna Condotel. Akak buat booking melalui booking.com dan expedia seperately. Kenapa? sebab masa akak buat booking kat booking.com, time tu bilik yg akak nak dah limited. So booked je apa yang ada dulu then coz kat expedia nampak masih ada lagi... so akak tambah la lagi kat expedia. Kat expedia terus charge credit card. Tapi booking.com pay at counter. Akak nasihatkan better jangan ambik yang pay at counter kalau nak pakai credit card coz kalau dekat counter nanti kena charge 3% interest.

Bilik kat sini memang puas hati.. Besar dah selesa. Lengkap dengan wifi di setiap bilik, hair dryer, fridge, microvawe oven, stove , pinggan mangkuk and all the cutleries...cuma nak dapat ion and ion board je yang lambat sikit....Owner kat sini rupa2 nya muslim. So, untuk muslim tak perlu risau untuk makan di restoran nya..Kita jugak akan dapat free drinks untuk setiap sorang.

Room yang luas dan selesa

Oleh kerana sampai lewat dan semua nya dah makan kat flight, so kita lepak2 kat bilik and makan ringan2 je malam ni... esok baru lah journey bermula...

Good nite Phuket...

Day 2
Bangun pagi...Cari transport untuk beraktiviti... Reception counter panggil kan van @
THB2800 untuk 1 Day tour.


Activity pertama kami ke Kathu. Kami memilih 3in 1 package kerana harga nya lebih murah.
Kami pilih ATV, Buggy and elephant trekking. All in 1 price @ THB2200 per person x 11 person = THB24200. Untuk Arjuna di kena kan charge THB726.


Elephant trekking





Buggy time


ATV

Lepas ber activity driver bawak gi lunch. Lunch kat sini memang terbaik. Food superb. Halal restaurant.@ Narynn Food & Steak yang terletak di area Kathu..

Lunch simple2 je...



Tom Yam kat sini memang best.. seafood pun fresh


Fried rice so tempting...

Ini lah restaurant nya...
After lunch went to jalan2 at Patong City...On the way to Patong dropped by kat Tour desk area Amphoe Mueang. Booked island tour ke Phi Phi Island untuk keesokannya...

Kat Amphoe Kathu - Patong jalan2 dekat Mall .. barang2 kat sini ada yang lebih murah dari kat tepi2 jalan Patong city tu... aku beli sun block kat situ lebih murah dari Mart2 yg kat sana...
Walau pun boleh tawar menawar tapi still expensive... kalau nak beli souvenir yang murah.. nanti akak bagitau kat mana..

Amphoe Kathu - Patong

Yang minat massage boleh datang sini....

Balik dari Patong... anak2 mandi kat swimming pool pulak... Si Arjuna pun sibuk nak mandi malam2... Dinner malam ni tapao kat Hill Myna Cafe ( halal ) je... pastu pergi beli mangga kat TESCO. Murah dan manis.....

See you in the next episode...... ( harap2 berjaya menyambungnya dengan segera..