July 15, 2016

Percutian ke Bali 2016 - Garuda Wisnu Kencana (GWK)

Hi semua....

Masih lagi di hari ke 2

Selepas activity pantai di Tanjung Benoa, perut semua dah lapar... nak cari makan.. nak cari makan..
Dengan perut yang sangat lapar... untuk lunch kami memerlukan nasi.... (tekak orang melayu)...

Supir bawa kami ke restoran nasi padang... macam2 ada..


Macam2 ada..


Pilih apa yang berkenan...

Nasi di depan mata.... apa lagi


Total bill di restoran nasi padang ni Rp995,000 @ RM 300. Boleh di bayar menggunakan credit card. So aku bayar pakai credit card. Safe sikit cash aku..

Seterusnya.... perut dah kenyang.. menuju ke pantai Dreamland.. tapi tak sampai sana pun... sebab jauh sangat.. dah malas nak pergi. Lagi pun aku dah pernah ke sana sebelum ni.. Sewaktu aku stay kat Best Western New Kuta Condotel few years back.

Garuda Wisnu Kencana (GWK)

Entrance ticket untuk tourist - Rp100.000

Plaza Garuda

Cultural show terakhir untuk hari ni...











layan pan ice cream jap...


Sedikit info tentang Garuda Wisnu Kencana


Garuda Wisnu Kencana adalah Garuda yang digunakan sebagai tunggangan oleh Dewa Wisnu. 
 
Mengikut perancangannya patung Garuda Wisnu Kencana dengan lebih kurang 120meter ni akan menjadi salah satu patung terbesar di dunia. Tapi tak tau pulak kenapa ia masih terbengkalai begitu. Few years back masa aku ke sini sampai sekarang masih lagi sama.. tak nampak apa perubahan…


Malam, kami bercadang untuk jalan jalan di sekitar bandar Kuta / Legian. Puas berpusing2 nak cari makan at last tapao KFC balik hotel je... KFC kat sini biasa la lain sikit dari Malaysia... so so je la... may be tak kena dengan taste kita orang...



 to be continued

Bye... jumpa lagi





July 13, 2016

Percutian ke Bali 2016 -Tanjung Benoa, Nusa Dua


Day 2

9.30am
Dah siap sedia di lobby, tunggu driver pick up. Walau pun room rate kami termasuk dengan breakfast kami tak breakfast coz bila tanya reception staff samada halal tak makanan di coffee house, dia kata kita boleh request untuk makanan halal.... mmmmmm mencuriga kan..

Waiting for the van...
Ini dia van sewa kami yang disewa bersama dengan supir.. boleh memuatkan 14 orang..


Tanjung Benoa

Akitivity pertama hari ini ialah watersport activities di Tanjung Benoa, Nusa Dua

Watersport activities yang ada di sini

Briefing sebelum berlepas untuk para sailing activity


OO sedang menikmati permandangan Tanjung Benoa dari atas




Blue flag dah di kibar kan " Malaysia!!! bersiap sedia untuk turun !!


Landing dengan tak berapa nak bergaya....


Banana boat




Rolling doughnut


Add caption

Sebelum turun ke laut untuk sea walker activity





Dah macam kat angkasa lepas la pulak... nak kena pakai ni...

Macam ya je.... 


Selepas menuruni anak tangga ke dasar... baru la dapat nampak ikan2 ni .

Menuju ke turtle island



Seronok nya Arjuna bermain dengan iguana..

Turtle ride







Turtle Park



Parasailing - Rp 200,000  x 2 persons = Rp 400,000
Rolling doughnut - Rp 200,000 x 4 persons = Rp 800,000
Turtle island - Rp1,000,000
Sea walker - Rp 500,000 x 5 persons = Rp 2,500,000
Banana boat - Rp 100,000 x 5 persons = Rp500,000

Total semua Rp 5.5juta @ RM1662



 



* Sorry.... malas nak berkata-kata.. tengok gambar je la yek.....