Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

April 04, 2013

Sambal Udang Petai


Sambal Udang Petai

Bahan-bahannya:
1/2 kg udang sederhana (dibersihkan)

2 papan petai ( di hiris kecil bersama dengan kulit dan rebus seketika)
sedikit asam jawa (saya guna asam jawa adabi-lebih senang)
3 sudu kecil gula 

1 sudu kecil serbuk perasa (jika suka)
2 biji bawang besar dihiris bulat
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis.
 

Bahan-bahan untuk dikisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
5 senduk cili kering kisar
1 inci belacan
 

Penyediaannya:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk/kuali.  Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.  Tutup periuk dan masak sehingga pes cili terbit minyak (naik minyak)
  2. Masukkan asam jawa dan kacau rata.
  3. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa
  4. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih.
  5. Masukkan udang dan biarkan di atas dapur sehingga masak.
  6. Akhir sekali masukkan petai dan bawang besar yang telah dihiris bulat.  Biarkan ia mendidih sekali lagi selama 1 minit.  (Jangan masak sehingga petai dan bawang besar layu).
  7. Apabila sudah masak, hidangkan dengan nasi panas.


July 19, 2012

Resepi Brocolli goreng dgn udang



4 pokok brokoli saiz kecil
10 ekor udang
2 ulas bawang putih ( di ketuk )
1/2  biji bawang besar
2 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
sedikit lada sulah
sedikit bahan perasa


Cara Penyediaan
1. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api hingga wangi.
2. Masukkan udang
3. Masukkan brocolli dan sos tiram serta sos ikan.
4. Masukkan sedikit air , lada sulah dan serbuk perasa
5. Tutup sebentar kemudian kacau, barulah diangkat utk dihidangkan.



Grilled Chicken with black mushroom sauce




Resepi Grilled Chicken Chop

1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )
1 sudu besar serbuk  lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu makan soya sauce
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
3 ulas bawang putih

Cara Penyediaan

1. Peraplah ayam bersama bahan-bahan di atas. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di grill di atas hot plate. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat.Tutup kuali dengan tudung periuk utk bagi ayam cepat masak.

Untuk black mushroon sauce
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )- letak tak sampai 1 liter dlm 2-3 gelas tengok kepekatan sos, tambah sikit2 air jika perlu
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
10 keping black mushroom ( di rendam dalam air panas)
Sedikit garam

Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan black mushroom yang telah potong nipis
3. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi. 4. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

** Boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng & coselaw.

"Selamat mencuba"