Resepi Grilled Chicken Chop
1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu makan soya sauce
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
3 ulas bawang putih
Cara Penyediaan
1. Peraplah ayam bersama bahan-bahan di atas. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan
bolehlah di grill di atas hot plate. Balik-balikkan ayam hingga
masak dan bolehlah di angkat.Tutup kuali dengan tudung periuk utk bagi ayam cepat masak.
Untuk black mushroon sauce
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )-
letak tak sampai 1 liter dlm 2-3 gelas tengok kepekatan sos, tambah sikit2 air jika perlu
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
10 keping black mushroom ( di rendam dalam air panas)
Sedikit garam
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan black mushroom yang telah potong nipis
3. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
4. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
** Boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.
Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng & coselaw.
"Selamat mencuba"