Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Entry aku kali ni bukan nak cerita pasal travel.. cuma nak berkongsi pasal accident yg kami sekeluarga alami pada malam 26/11/2017. ( betul2 sebulan selepas Arjuna ku masuk hospital di sebab kan jangkitan kuman...dugaan Demi dugaan aku terima.. Namun aku redha...
Berbalik kepada accident...
Biasanya seminggu sekali aku dan team akan ke HQ menaiki van company untuk meeting. Tapi kali ini oleh kerana aku ada 2 hari meeting berturut2, aku pergi dgn kereta sendiri dgn family..
Dalam 5.30pm meeting habis. Selepas check out kan family dari hotel berdekatan terus bertolak balik ke Kuantan...nak keluar dari KL time2 mcm ni biasa la.. jammed gila.. nak2 ada pulak accident kereta terbalik...
Dalam perjalanan, ketika itu hujan renyai2 di beberapa tempat...Arjuna yg pada mula nya berada di seat belakang bersama abang nya ke depan untuk duduk di atas riba aku di sebelah passenger bahagian depan..tiba2 terdetik di hati ku kalau2 berlaku apa2 pekara buruk ..lalu aku memakai seat belt sekali dgn Arjuna..dan memeluknya dengan bantal...
Ketika Arjuna dah hampir tidur / or dh tertidur masa tu...tiba2 di lencungan, kereta yg di pandu hb aku lost control dek kerana jalan licin...lampu jalan pun memang tak da..masa menjerit nama ‘papa’ tiba2 kereta terus melanggar divider jalan dan pandangan terus gelap, sangka ku aku dah pengsan atau mati...huhu.. Segalanya berlaku dgn pantas. Setelah kereta berhenti nampak kereta berasap. Dengan segera aku menjerit suruh keluar sambil menjerit nama ‘Arjuna’. Apa yang aku takut kan ialah terjadi apa2 pada Arjuna. Baru saje keluar kereta tiba2 aku nampak cahaya torch light di sebalik divider. Dua org lelaki india memanggil ‘Kak, Abang berdiri sebelah sini ( belakang divider jalan ) di situ bahaya... kami semua pun memanjat divider yg agak tinggi untuk ke sebelah... dalam hati terfikir jugak mana datang nya orang2 ni? Cepat sungguh berada di tempat kejadian...rupa2 nya dia orang ni kerja tukang cari kereta accident, kereta2 lain tk da pun yang berhenti memberi bantuan... faham.. mungkin mereka tk berani dengan keadaan tempat tu yang tak sesuai utk berenti.. corner n gelap..
Dalam keadaan yg gelap tu dgn kecoh suara Arjuna yang menangis di samping hujan rintik2, aku menelefon kawan aku yg sama2 on the way balik ke Kuantan dari meeting yang sama, cuma tak pasti lokasi nya di mana..
Nasib baik mereka di belakang kami.. so kami tunggu la sehingga dia org sampai.. dalam 40minit jugak menunggu dalam keadaan gelap dan hujan. Towing truck pun dah sibuk menunggu nak tarik kereta dan panggilan dari syarikat yg nk settlekan insurance kereta..
Bila kawan2 aku sampai, dia org discuss dan uruskan semua. Towing kereta ke Balai Polis Karak, buat report then bayar RM250 utk tow truck yg towing kereta dari tempat accident ke balai polis Karak. Sementara kami terus bergerak balik ke Kuantan sambil menahan sakit...tow truck dari Kuantan datang ambik kereta, senang semua settle kan kat Kuantan saje...
Sampai Kuantan terus ke hospital, walaupun aku sebenar nya ada beli PA insurance utk whole family, tapi oleh kerana tak ambil berat tentang apa yg aku beli and ikut saje org bawak.. end up dekat HTAA yg sangat slow tu... alhamdulillah 2 anak tak da apa2, cuma husband, collarbone patah dan aku sakit dada terlampau dek impact of airbag. Macamana pun aku bersyukur sangat Arjuna tak kena apa2 walau pun dia duduk atas riba aku.
Bayang kan kalau tubuh kecil itu kena airbag...atau ketika duduk di belakang dgn abangnya tanpa memakai seat belt... semoga di jauh kan....
Moral of the story
# berhati2 ketika memandu especially malam, hujan dan corner2 merbahaya...
# pakai seat belt
# jaga safety anak2. Makesure dia orang di belakang pun pakai seat belt
# cepat2 keluar dari kereta takut kereta terbakar atau meletop
# jangan berdiri di tepi jalan, cari tempat selamat
# bantal sedikit sebanyak juga membantu dari mengalami kecederaan
Itu sahaja yang aku terfikir buat masa sekarang....
Itu sahaja yang aku terfikir buat masa sekarang....