March 31, 2013

Earth Hour 23rd March 2013

Sekarang dah 1.45am. Mata dah mula mengantuk... Tapi oleh kerana memang dah berniat nak update blog ni pasal earth hour, Ku teruskan jugak la..

Actually, first time update blog guna handphone.. Tak tau apa rupa nya nanti .., is ok, esok tengok balik kat laptop or pc..


Apa itu Earth Hour?

Seperti yang semua sedia maklum, Earth Hour ini adalah global event yang dibuat oleh World Wildlife Fund (WWF) disebabkan oleh perubahan iklim yang drastik.

Tahun-tahun sebelum ini, boleh dikatakan Earth Hour ini berjaya kerana telah banyak negara turut serta dengan menutup lampu di bangunan – bangunan yang menjadi mercu tanda negara mereka.

Serba sedikit sejarah mengenai Earth Hour ini adalah ianya bermula pada 31 Mac 2007 di Sydney, Australia di mana seramai 2.2 Juta penduduk Sydney menutup lampu pada pukul 7.30 malam waktu tempatan.
Tahun 2008 pula Earth Hour diadakan pada 28 Mac 2008 di mana sebanyak 35 negara dan 400 bandar telah menyertai program ini dan menutup lampu dari pukul 8 hingga 9 malam.

Ada beberapa kebaikan dalam Earth Hour ini dan di antaranya adalah :


1. Menjimatkan elektrik : bayangkan berapa banyak jumlah penggunaan elektrik berjaya dikurangkan terutamanya di pusat-pusat bandar. Sekaligus mengurangkan suhu bumi yang kian meningkat kini.

2. Menginsafkan diri : generasi terdahulu hidup tanpa elektrik membesarkan orang tua kita. Betapa susahnya mereka. Kita patut bersyukur dilahirkan dalam keadaan serba lengkap.

3. Mengingatkan kita : bahawasanya bumi ini memerlukan jagaan kita. Jadi janganlah kita membazirkan sumber yang ada, merosakkan apa yang ada di muka bumi ini, dan lupa akan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini

 
Kat bawah ni gambar masa kita orang menyambut earth hour pada 23hb baru-baru ni... 

Candles beralas kan daun pisang dan di tabur dengan daun pandan...

Buluh yang dimasukkan pasir ke dalam nya..














  
 
Anak sapa ni...?
3 dara pingitan... Bawang Besar, Bawang Merah & Bawang Putih






3 comments: