June 10, 2013

Percutian ke Krabi. Thailand May 2013 ( Part 1)

Seminggu sebelum cuti sekolah, anak-anak dan anak-anak buah dah ponteng sekolah.. Kami pergi bercuti ke Krabi untuk 4 days 3 nights.

Awal pagi kami dah bangun coz flight pukul 7.05am..... after checked in luggage, lepak kat MC D dulu... breakfast..
Masa nak check in nasib aku baik, kalau tidak berendam air mata la aku kat airport sorang2 coz sangkut dengan passport aku.. Actually, fakta ni aku baru tau... Nov 2013 passport aku akan expired. So, as per ticketing staff tu.. 6 bulan sebelum date date aku dah tak leh travel, tapi nasib baik la aku ada return ticket.. baru la dia lepas kan... Kalau expired bulan Oct, memang tak boleh di selamatkan lagi...huhu..

Kat dalam flight, sibuk nak isi arrival card untuk 10 org coz pen nya satu je... tengah duk mengisi, tiba2 dah announce nak landing... aduh... tak sempat pun nak lelap kan mata..

Sampai kat airport, Mini van dah tersedia.. aku dah booked online siap2 untuk airport transfer dengan Krabi shuttle.. tak mahal pun.. Mini van utk 10 orang cuma 880 bhat per way..

Sampai awal kat hotel Palm Paradise Resort.. lebih kurang kul 9.00am kalau tak silap.. Ingat kan nak letak luggage kat hotel dulu then kitorang nak gi jalan-jalan... Tetapi masalah melanda apa bila apa yang aku booked kat booking.com tu tak seperti mana yang tertera kat confirmation letter. Actually, pada asal nya aku booked 3 Palm Twin Villa, tapi bila dekat confimation letter tu tertera, Villa features, "King size bed, twin bed, balcony with sun chairs, living and working area.. Kalau macam tu apa makna nya? It's not 'OR'. Untuk confirm kan lagi lepas buat booking hari tu, aku ada call booking.com suruh dia orang check dengan hotel. Bila dia orang confirm kan dengan aku yang memang ada 2 bilik dalam dalam satu unit, so aku suruh booking.com cancel satu lagi unit coz kita orang ada 10 orang, cukup la 2 units with 4 rooms. Sampai kat sana, dia orang cakap 1 unit cuma 1 bilik... Bengang la aku.. coz dah terang2 kat confimation letter menunjukkan 2 bilik dan salah dia orang la... kalau typo error ke apa...
( sekarang kat booking.com dia orang dah tukar villa features tu... dia orang dah take out bed type  ).
Dah salah dia orang pas tu force aku tambah lagi 2 bilik and tambah extra bed... Duduk krong krang - krong krang dengan hotel dan juga booking.com, akhirnya aku dah malas nak layan dia orang tambah je la lagi 2 unit Palm Garden Villa... Pas tu booking.com called cakap dia akan refund 15% lepas aku send dia bill nanti.. Whatever la.. dah malas nak layan dia orang pasal tengah 'panas', just swipe credit card tanpa tengok calculation yang dia orang charge kat aku..Akhirnya, dapat la aku check in pada pukul 2.00pm tapi 2 palm garden villa yang baru kita orang tambah very far from each other. Imagine is not room but villa. 1 villa room P118 dan satu lagi P106. Yang Palm Twin Villa (original villa yg kita org booked ) tu ok la coz next to each other. Nak mintak tukar pun dia orang tak bagi.. How we are going to monitor our children??? Tak pa la esok kita cuba mintak tukar lagi...Esok nya when kita mintak tukar the staff kata tak da, coz nanti akan ada arrival... Sekali lagi angin aku naik ke kepala... mengamuk la aku... apa masalah nya kalau dia orang tukar arrival yang belum masuk lagi tu ke salah satu villa kita orang dan change kita orang ke villa yang dekat dengan villa yang satu lagi... Mati2 dia orang kata tak boleh.. asyik jawap "Sorry madam, cannot madam"...angin aku mendengar nya.. Until one of the manager there solved our problem.. she's very nice person, tukar kan villa kita orang from P118 to P105. So sebelah dengan another villa which is P106. Problem solved.. tapi masih belum berakhir coz... tunggu time check out nanti....

Penat membebel... mari kita tengok gambar yang aku ambik kat sana...

 Ini la our Palm Twin Villas, P126 & P127. Just in front of swimming pool... kat sini lah kita orang berkumpul anak beranak.. Other 2 villas tu cuma buat tidur je.. rugi kan..

 My room... memang luas.. ada living with sofa.. Actually 5 orang pun boleh tidur.. just add the extra bed..


Another type of villa, Palm Garden Villa


Swimming pool..

















Abang ipar aku cakap, gambar ni pun nak ambik ke....

















Ramuan2 herba untuk spa....

 
Toilet sign
















Their coffee house... even room termasuk dengan breakfast, tapi kita orang tak makan pun... coz ada non halal food..


First Day

Lepas check in semua dah kelaparan... gi cari makan kat Krabi town...






Siakap for our lunch (first day)







And lemon chicken... tapi yang paling laku ialah....telur dadar



Ini la tut-tut yang bawak kita orang pergi lunch.. 400 bhat sorang (RM4)..Masa kat hotel staff tu cakap cuma 300 bhat.. hemm... biasa la dia orang cari makan.. On the way back to hotel singgah kat kedai beli barang2 makan (junk food) Makk Oii mahal nya... lebih baik bawak dari Malaysia..Masa singgah ni, kat sebelah kedai tu ada tour counter.. terus booked untuk activity esok... gi 4 island Tour... Tawar menawar bermula... 800 bhat (RM80) sorang menaiki 1 enjin speed boat..Tour ni termasuk dengan snorkeling and lunch...






..


After lunch, sampai je kat hotel... dua orang anak-anak terjun swimming pool...






Dua orang anak-anak lagi layan playstation dan sorang lagi layan internet kat busines centre, lobby

Sebelum aku dan Baby datang menerjah, dia duduk layan games sorang-sorang kat villa nya







Jalan-jalan kat Aonang...



 Sewa motor 250 bhat (RM25) satu hari...



Aonang Town..





Taxi service charges kat Krabi...























Antara souvenirs yang di jual di sini








Dinner kat Noori India. They serve halal food but ada beer and liquer



Set meal di Noori India





Our Dinner..







Tom yam sama je taste mcm kat Malaysia..



 Pineapple fried rice








Seabass...



......to be continued.....

4 comments:

  1. memang bestttt sangat krabi..especially di oanang n kho phi phi island...pakej murah...makan sedap...nyuummmyyy...kengkawan klu nak bercuti leh p krabi ni, suaitable for honeyymmoonnn....salam perkenalan uoollsss, meh visit page ioollss https://www.facebook.com/pages/Drazwin-healthy-beauty/580234235365326?ref=hl

    ReplyDelete
  2. banyak cerita yang menarik dalam blog ni, tp sayang ssh nak baca sbb background dgn tulisan buatkan ssh sikit nak baca...so scroll tgk gambar2 jerw la.. hehe

    ReplyDelete
  3. boleh tak update pasal check out tu? apa jadi ek?
    sana mmg takleh lebih maksima orang ke?

    ReplyDelete
  4. Owh check out yek... baru perasan tak da cerita pasal check out. Thanks aisha kerana bertanya..
    We checked out early coz flight early in the morning... Bila mintak bill, the staff tak dapat show bill yang betul, bila tanya details, dia boleh jawab 'saya tak tau pengiraan nya mcm mana... boleh jawap mcm tu? dekat bill ada stated 2 extra bed, tapi yang kita orang terima cuma 1. Bayang kan charges kalau kali dgn 3 nights.. Mintak refund kata tk boleh refund... mcm mana tu?? Oleh kerana nak cepat takut tertinggal flight malas nak bertekak.. check out dgn hati yg panas...

    No of persons in the room kat sini tak boleh lebih dari max persons in the room yg di tetap kan oleh hotel. Dia orang tau berapa orang yang datang coz bila kita sampai je dgn van dia dh nampak berapa orang and dia orang mintak semua passport kita... kalau di malaysia, yang datang check in kat counter 2 orang je... yang tunggu kat kereta, penuh 1 kereta, lebih pun ada... hehe

    ReplyDelete